Sebutir permata yang tiada gantinya.
Bismillah.
"Dan Yang menumbuhkan rerumputan, lalu dijadikanNya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman." (Al-A'la, 87:4-5)
Setiap sesuatu pasti ada penghujungnya. Kehidupan, akan berakhir dengan kematian, tiada makhluk yang akan kekal selamanya, Ya Hayyu Ya Qayyum!
Seorang ibu itu, tak pernah jemu mengajar.
Seorang ibu itu, tak pernah mengenal erti kalah.
Seorang ibu itu, tak pernah kering dari kasih-sayang.
Seorang ibu itu, tak pernah kenal erti susah payah.
Seorang ibu itu, tak pernah ada rasa bosan.
Seakan mimpi, tidak pernah kami membayangkan akan melalui saat ini. DitarikNya nikmat yang paling kami cintai di dunia, bukan untuk sesuatu yang sia-sia pastinya. Aku yakin banyak hikmah yang tersembunyi, berfikirlah duhai hati..
Ummi adalah naqibah aku yang pertama. Ya, dia yang memperkenalkanku pada tarbiyyah. Dulu, aku tidak seperti adik-beradikku yang lain, liarku berbeza. Aku bertuah kerana ummi sangat sensitif, disergahnya aku, dileterinya aku, dicubitnya aku, supaya aku tidak jauh tersasar. Setiap minggu aku dibawanya ke usrah, sehingga tidak ada sekelumit peluang untuk melarikan diri. Dan aku dibinanya sendiri.
Ummi sedaya upaya cuba membuatkan kami tidak bergantung pada tarbiyyah, tetapi memerlukan dan sentiasa dahagakan tarbiyyah. Malah pada usiaku 20 tahun, ummi masih lagi bersusah-payah mengikuti setiap langkah jiwaku, tidak dibenarkannya aku terkontang-kanting sendirian.
Aku kagum dengan ummi. Sehingga ke saat akhir hidupnya, sehingga saat rohnya terpisah dengan jasad dan berpindah ke alam seterusnya, dia masih memberikan pengajaran kepada orang di sekelilingnya. Jiwa pejuangnya sentiasa membara dan berkobar-kobar, tanpa pernah rehat.
Kerapkali emosi mendahului akal, hatinya aku calari, hatinya aku robekkan, kata-katanya tidak aku endahkan. Namun, ummi tak pernah gagal menundukkan aku. Egoku dirampas, dijatuhkannya sehingga pecah berkecai-kecai. Aku dididiknya agar tidak menjadi hamba dunia.
Ummi terlalu istimewa. Allah lebih menyayanginya, dijemputnya pergi mendahului kami untuk bertemu kekasih yang dirindui. Kami meredhai pemergiannya, bersedih bukanlah satu pilihan biarpun rohku bagaikan ditarik-tarik sama. Masih jauh perjalanan kami, masih banyak yang boleh kami lakukan untuk kebahagian akhiratnya..
"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dapat memberi manfaat, dan anak soleh yang mendo’akannya." (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasa'i)
Ummi, tidak akan sesekali kami melupakanmu.
Tidak akan sesekali kami mempersiakan segala usahamu.
Berbahagialah Sa'diyah bt Pakeh Samek, berbahagialah Osman b Nordin, kerana kalian mempunyai anak sepertinya.
"Your mum was a dear friend, a good listener,
a remarkable lady, a dedicated teacher,
a loving mother and most of all a god-fearing person.
My heart felt condolences to you and family."
Wahai tentera Allah bertahanlah,
Jangan menangis walau jasadmu terluka,
Sebelum engkau bergelar syuhada,
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah.
6 comments:
Mereka yang sudah pergi, gembira dengan lambaian syurga...
Berterbangan dalam daerah hijau yang memukau,
Damai, asli dan memikat...
Jannatunnaim, Haruman Raihan, Mata Air Salsabil,
Sedang kita masih dalam zulumat dunia yang sia-sia
Semoga kita tidak pernah serik berbakti di jalan dakwah ini,
Bukan kerana ummi, tapi kerana sekeping hidayah kurniaan ilahi.
Along bertuah mempunyai adik sepertimu,
Seperti cerminan naqibah pertama iu.
Adik-adik impikan bangunnya dirimu,
Menjadi seperti srikandi itu,
Menobat mereka ke lantai kegemilangan dan kebanggaan ummat.
Semoga blog ini sentiasa berbicara, kerana setiap baitnya begitu berharga...
salam kak qayah.
=)
sangat lama tak dengar cerita dari akak.
ingin bertanya khabar, tapi tak tahu bagaimana? x tahu kata2 apa yang sesuai digunakan.
akak, ajar kitorg jugak ek.
salam dari jauh,
terkilan juga tak smpt nak face to face peluk cium,bertye kbr mse mcik yus n pcik trmizi ke sne.ape2pun aliah sntiase mendoakn yg terbaik buat k.ruqaiyah=)
sori ambik ruang byk ^_^
ssh nk cr kata2 yg sesuai utk diluahkan supaye smpai ape yg terbuku dlm hati ni.mgkn perasaan yg kami rse tak sme mcm org yg alami.namun perancangan Allah tak siapa mampu tandingi.terlalu baaaanyak hikmah di sebalik semua yg diatur,sbr ya.
moga terus tabah,tabah dan tabah dalam meneruskan sisa-sisa hidup yg masih berbaki di atas jalan yg sgt berliku ni.jalan yg memerlukan sentuhan berharga dari generasi pewaris sprti anda-anda,kita-kita semua.insyaAllah.
semoga arwah mmpu tersenyum di sana melihat semangat anak-anak didiknya dlm menyambung usahe dakwah yg masih belum berpenghujung ini...
moga ketemu lagi,insyaAllah=)
Along:
Insyaallah. Insyaallah. Insyaallah.
Doakan daku.
Milah:
awak, kita dah cakap-cakap kan? :)
Inni uhibbuki fillah jiddan jiddan.
Aliah:
Jazakillah ukhti.
Minta maaf kerana lambat membalas sebab jari-jemari ni kerap terhenti semasa menaip...
Tak terkata syukurnya melihat ikhwah akhawat yang tampil membuktikan kata-kata kita selama ini dengan amalan.. Subhanallah...!
Benar, ana tak mampu nak kongsi perasaan ana dengan orang lain. Tak mampu nak luahkan dalam bentuk perkataan.
Hiba hati ini melihat adik-adik yang tak sempat nak bermanja lama dengan ummi.. Sungguh, ana lebih beruntung berbanding mereka.. Tak boleh nak bersedih-sedih sangat:)
Lagi-lagi bila melihat kecekalan si murabbi dan ketabahan para mutarabbi menghadapi kehilangan sahabat perjuangan dalam dakwah. Ya, perginya bukan kerana hilang dari jalan dakwah, tapi perginya mendahului sahabat-sahabat yang lain untuk membentangkan segala amalan di dunia ni.
Kita yang tinggal perlu lebih bersedia dan berjaga-jaga, andainya esok tiba hari kita pula..
Jazakillah sekali lagi Aliah. Suka sangat baca komen ni. Kirimkan salam pada mak cik Yus dan keluarga ya.
Insyaallah, semoga Allah permudahkan Jalan Dakwah kita. Ilalliqa'!! :)
Aliah:
Inni uhibbuki fillah jiddan jiddan!!
masyaAllah,kata2 yg penuh dgn peringatan dan nasihat.syukran kathir sis.
uhibbuki fillah jiddan!!
Post a Comment