Bismillah.








Telah berkata ISHAB:


"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan mendokong pendirian (pegangan hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan yang menyeru kepadanya.
Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang terhimpun di dalamnya beberapa perkara:
Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah,
kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat,
pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak haloba serta kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup,
beriman kepadanya dan menghargainya sungguh-sungguh.
Semuanya itulah yang memelihara (kita) dari kesalahan dan penyelewengan daripadanya (pembentukan) dan tawar-menawar (apologetik) di atas perkara dasar dan tidak terdaya dengan yang lainnya."




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perasan tak?

Bimillah.




Bila mata dah terbuka, pencerahan demi pencerahan dah diterima, kadang-kadang hati ini masih lagi berat untuk bergerak. Banyak lagi masalah dalaman yang tak setel lagi rupanya, padanlah amalnya tidak seberapa..





Perasan tak?


Kadang-kadang tu kita tak buat aktiviti fizikal banyak pon, duduk-duduk dalam bilik je..tapi kita akan rasa penaaaat sangat satu hari. Tak tahu buat apa sebenarnya.





Perasan tak?


Kadang-kadang kita akan jadi nak marah tak tentu hala. Silap sikit je nak melenting. Salah sikit je nak menjerit.





Perasan tak?


Kadang-kadang tu nak tengok muka orang lain pon malas. Biarlah mereka dengan dunia mereka, asalkan tak bagi keburukan pada aku sudahlah.





Perasan tak?


Kadang-kadang mutabaah amal kita mula berterabur. Jangankan ziarah, nak senyum bila jumpa akhawat dan bertegur sapa pon jadi sangat susah. Mulut pon mula berbicara ikut suka.





Perasan tak?


Kadang-kadang kita mula leka dengan hiburan. Kita gembira bila dipuji dengan hal-hal duniawi, hati mula rasa 'ujub dengan diri sendiri. Lembaran jahiliyyah makin lama makin rapat kembali. Naudzubillah...





Perasan tak?


Perasan tak?


Perasan tak?





Perasan? Alhamdulillah perasan. Bestnya kalau 'benda' tu terjadi kadang-kadang dan kita cepat tersedar dan baikinya kembali. Tapi kalau benda tu selalu terjadi macam mana? Tak bestnya!!!





Kan best kalau kita boleh maintain 'baik macam manusia' selalu..







Cubalah baca buku ni!!

Iman adalah nikmat terbesar bagi manusia, yang memudahkan sesiapa sahaja yang memilikinya untuk meraih kebahagiaan dunia akhirat. Orang yang dalam kesusahan dan kesempitan akan merasa lapang dadanya, dengannya musibah terasa ringan dan kesedihan segera hilang.

Anda dah rasa semua tu? Kalau belum, berjaga-jaga, kerana virus iman sedang menyerang dan menggerogoti iman anda! Jangan dibiarkan kerana ia akan menjalar ke setiap cabang iman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bismillah.


If Allah brings you to it, He will brough you through it.

Happy moments, Praise Allah;
Difficult moments, Seek Allah;
Quiet moments, Worship Allah;
Painful moments, Trust Allah;
Every moments, Thanks Allah.

Allah the Great the Almighty!


Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.
Sometimes Allah breaks our heart to make us whole.
Sometimes Allah allow pain so we can be stronger.
Sometimes Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes Allah takes everything from us so we can learn the value of everything He gave us.
Makes plan but understand that we live by Allah's grace.

Allahuakbar! Allah is always near..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sebutir permata yang tiada gantinya.

Bismillah.




"Dan Yang menumbuhkan rerumputan, lalu dijadikanNya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman." (Al-A'la, 87:4-5)


Setiap sesuatu pasti ada penghujungnya. Kehidupan, akan berakhir dengan kematian, tiada makhluk yang akan kekal selamanya, Ya Hayyu Ya Qayyum!








Seorang ibu itu, tak pernah jemu mengajar.
Seorang ibu itu, tak pernah mengenal erti kalah.
Seorang ibu itu, tak pernah kering dari kasih-sayang.
Seorang ibu itu, tak pernah kenal erti susah payah.
Seorang ibu itu, tak pernah ada rasa bosan.




Seakan mimpi, tidak pernah kami membayangkan akan melalui saat ini. DitarikNya nikmat yang paling kami cintai di dunia, bukan untuk sesuatu yang sia-sia pastinya. Aku yakin banyak hikmah yang tersembunyi, berfikirlah duhai hati..


Ummi adalah naqibah aku yang pertama. Ya, dia yang memperkenalkanku pada tarbiyyah. Dulu, aku tidak seperti adik-beradikku yang lain, liarku berbeza. Aku bertuah kerana ummi sangat sensitif, disergahnya aku, dileterinya aku, dicubitnya aku, supaya aku tidak jauh tersasar. Setiap minggu aku dibawanya ke usrah, sehingga tidak ada sekelumit peluang untuk melarikan diri. Dan aku dibinanya sendiri.


Ummi sedaya upaya cuba membuatkan kami tidak bergantung pada tarbiyyah, tetapi memerlukan dan sentiasa dahagakan tarbiyyah. Malah pada usiaku 20 tahun, ummi masih lagi bersusah-payah mengikuti setiap langkah jiwaku, tidak dibenarkannya aku terkontang-kanting sendirian.


Aku kagum dengan ummi. Sehingga ke saat akhir hidupnya, sehingga saat rohnya terpisah dengan jasad dan berpindah ke alam seterusnya, dia masih memberikan pengajaran kepada orang di sekelilingnya. Jiwa pejuangnya sentiasa membara dan berkobar-kobar, tanpa pernah rehat.


Kerapkali emosi mendahului akal, hatinya aku calari, hatinya aku robekkan, kata-katanya tidak aku endahkan. Namun, ummi tak pernah gagal menundukkan aku. Egoku dirampas, dijatuhkannya sehingga pecah berkecai-kecai. Aku dididiknya agar tidak menjadi hamba dunia.


Ummi terlalu istimewa. Allah lebih menyayanginya, dijemputnya pergi mendahului kami untuk bertemu kekasih yang dirindui. Kami meredhai pemergiannya, bersedih bukanlah satu pilihan biarpun rohku bagaikan ditarik-tarik sama. Masih jauh perjalanan kami, masih banyak yang boleh kami lakukan untuk kebahagian akhiratnya..





"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang dapat memberi manfaat, dan anak soleh yang mendo’akannya." (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasa'i)





Ummi, tidak akan sesekali kami melupakanmu.
Tidak akan sesekali kami mempersiakan segala usahamu.



Berbahagialah Sa'diyah bt Pakeh Samek, berbahagialah Osman b Nordin, kerana kalian mempunyai anak sepertinya.





"Your mum was a dear friend, a good listener,


a remarkable lady, a dedicated teacher,


a loving mother and most of all a god-fearing person.


My heart felt condolences to you and family."




Wahai tentera Allah bertahanlah,
Jangan menangis walau jasadmu terluka,
Sebelum engkau bergelar syuhada,
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments