Bukan untuk si manja.

Pencerahan bukan untuk orang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


Sumber: http://muntalaq.wordpress.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

9 comments:

[MH] said...

salam ziarah..Kak Qaiyah

Nurul Ruqaiyah Khairudin said...

salam ziarah.

isk3, akak tak start menulis lagi.
segan pulak ada orang datang melawat ni.

terima kasih fathy.

Unknown said...

slm kak qayah cumil dh ada blog:)
smpt lg eh buat blog..xpe trskn usaha..terangi jln^_^

Nurul Ruqaiyah Khairudin said...

salam nunu.

blog ni usianya dah 2 tahun.
aih, segan pula.
takpe, cabaran untuk kak qayah supaya menulis. ^_^
mahu jadi cahaya baru yang merekah macam korang juga~

terima kasih nunu!!

اکمل said...

Salam ziarah qaiyah..

moga terus istiqomah!=)

Abu Khalid said...

Kak Qaiyah..
Takkan kopi pes je..
Membaca dan tulis kefahamanmu.

WanieCzech said...

Salam Qiyyah, keep writting.
Pencerahan itu bukan untuk SiManja.

kyungie said...

akak Ruqaiyah,
buat lah follower senamglah auna ikut akak ....
cantik lah blog akak...

"Scented Basil Flower" said...

Inna lillahi wa inna 'ilaihi raaji'uun
Tidak Allah beri ujian ini pada mereka yang tidak mampu.

Semoga ibumu berbahagia sisiNya. Sungguh bertuah dia mempunyai anak-anak seperti Ruqaiyah adik-beradik